Tuesday, November 22, 2011

UPSR 2011

Lamanya tak jenguk blog... Bukan apa, banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan dan dibuat. Apabila anak sulung menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan Sept yang lalu, saya juga turut sibuk memberi semangat dan membekalkan ilmu dan tips yang mungkin dapat membantu anak saya dalam menghadapi peperiksaan tersebut.

Alhamdulillah, syukur kepada yg Maha Esa kerana segala titik peluh dan effort selama ini berbaloi dan anak saya berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2011 dengan keputusan 5A.

Tahniah anakku. Semoga kejayaan ini tidak akan meriakkan kita malahan anggaplah ia sebagai pembuka semangat untuk terus mencapai kejayaan di masa akan datang, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment