Monday, November 29, 2010

RAYYAN FANTASI (RAM)


RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.


Akhirnya RAYYAN akan berada di pasaran pada 4 Disember 2010 di MPH Alamanda Putrajaya, iaitu tempat pertama yang akan mengadakan pelancaran novel dan seisi autograph bersama dengan penulis thriller no. 1 Malaysia nanti. Sesiapa yang tinggal berdekatan, jangan lupa berkunjung ke sana dan menjadi antara yang pertama memiliki buku tersebut! Manakala seluruh Malaysia hanya bermula 6 Disember 2010 ini.

STILL IN THEATRES

Movie Deathly Hollows Pt 1 yang ditunggu2 telahpun berada di pawagam seluruh dunia pada 18 Nov 2010. Seperti biasa, kids dengan mommynya juga tidak mahu ketinggalan menonton filem ini dan ternyata ianya berbeza dengan filem HP yang terdahulu...he3. Deathly Hollows lebih kepada "Dark Magic" dan perasaan sentiasa berdebar2 sepanjang menonton filem ini...fuh...