LANA'S Cottage
Tuesday, December 17, 2013
Sunday, December 30, 2012
Happy New Year 2013!
Setahun sudah berlalu. Hari ini kita akan meninggalkan tahun 2012 yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Semoga apa yang telah dilalui akan dijadikan iktibar dan pengalaman yang membina...
Selamat datang 2013! Tahun Ular....huh.... Apapun, semoga kehidupan sekeluarga sentiasa mendapat keberkatan dan lindungan dari Yang Maha Esa, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki... In Shaa Allah.
Kepada teman2 sekalian dan saudara mara, mohon segala kemaafan jika ada yang terkasar bahasa mahupun tingkahlaku selama ini. Halalkan la segalanya ya... 50-50...hehe..
Tuesday, December 25, 2012
MERRY CHRISTMAS
(Courtesy by ElorraYelyah)
Lamanya tak post di blog ni. Sibuk memanjang ja... Rasanya setahun juga la blog ini dibiarkan tanpa updates.. huhu.. Anyway, kini sudahku kembali (cheh..).
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada saudara mara dan teman-teman yang menyambutnya semalam, 25 Disember 2012. Semoga bergembira di samping keluarga.
Tuesday, November 22, 2011
UPSR 2011
Lamanya tak jenguk blog... Bukan apa, banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan dan dibuat. Apabila anak sulung menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan Sept yang lalu, saya juga turut sibuk memberi semangat dan membekalkan ilmu dan tips yang mungkin dapat membantu anak saya dalam menghadapi peperiksaan tersebut.
Alhamdulillah, syukur kepada yg Maha Esa kerana segala titik peluh dan effort selama ini berbaloi dan anak saya berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2011 dengan keputusan 5A.
Tahniah anakku. Semoga kejayaan ini tidak akan meriakkan kita malahan anggaplah ia sebagai pembuka semangat untuk terus mencapai kejayaan di masa akan datang, Insyaallah.
Alhamdulillah, syukur kepada yg Maha Esa kerana segala titik peluh dan effort selama ini berbaloi dan anak saya berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2011 dengan keputusan 5A.
Tahniah anakku. Semoga kejayaan ini tidak akan meriakkan kita malahan anggaplah ia sebagai pembuka semangat untuk terus mencapai kejayaan di masa akan datang, Insyaallah.
Thursday, September 22, 2011
SUTERA BIDADARI & RAYYAN FANTASI


Akhirnya dapat juga sya memilik kedua2 novel terbaru RAM ini. Ini bermakna, koleksi novel RAM telah bertambah. Mmm..nampaknya rak buku yang ada di rumah sudah terlebih penuh dan tidak ada tempat kosong lagi...hehe. Anyway, kupaksa juga selit di mana2 ruang yang mampu!
Subscribe to:
Posts (Atom)