Akhirnya RAYYAN akan berada di pasaran pada 4 Disember 2010 di MPH Alamanda Putrajaya, iaitu tempat pertama yang akan mengadakan pelancaran novel dan seisi autograph bersama dengan penulis thriller no. 1 Malaysia nanti. Sesiapa yang tinggal berdekatan, jangan lupa berkunjung ke sana dan menjadi antara yang pertama memiliki buku tersebut! Manakala seluruh Malaysia hanya bermula 6 Disember 2010 ini.
Monday, November 29, 2010
STILL IN THEATRES
Movie Deathly Hollows Pt 1 yang ditunggu2 telahpun berada di pawagam seluruh dunia pada 18 Nov 2010. Seperti biasa, kids dengan mommynya juga tidak mahu ketinggalan menonton filem ini dan ternyata ianya berbeza dengan filem HP yang terdahulu...he3. Deathly Hollows lebih kepada "Dark Magic" dan perasaan sentiasa berdebar2 sepanjang menonton filem ini...fuh...
Saturday, October 9, 2010
..DEATHLY HOLLOWS..In theatres 19 Nov 2010
Hi everyone! Fuh...rasanya tak sabar nak tunggu movie Harry Potter Part I yang terbaru. Anak2 pun tak sabar. Yang sulung sedang sibuk baca buku HP yang ke-3 sekarang ni. Dah macam addicted pula! Anyway, exam is just around the corner. So kids...other than school books, kenalah simpan sementara and concentrate with your studies.
Wednesday, October 6, 2010
Terbaru...CINTA SUFI (RAM)
Akhirnya, habis juga kubaca karya terbaru RAM ini. Cinta Sufi adalah trilogi ke-4 di mana buku pertamanya adalah Bagaikan Puteri. Saya memang meminati penulis RAM. Mempunyai koleksi RAM yang hampir kesemuanya! Walau bagaimanapun, keempat2 buku dalam trilogi ini wajib ada dalam koleksi saya.
Kepada sesiapa yang meminati karya RAM dan belum lagi berpeluang membaca Cinta Sufi, cepat2lah berkunjung ke kedai buku terkemuka yang berhampiran.
Cinta Sufi..tidak rugi membacanya. Selain mampu membuka minda imiginasi pembacanya, pendakwahan secara tidak langsung yang disampaikan begitu indah sekaligus memberi keinsafan pada kita.... Dalam cerita ini juga, penyampaiannya adalah lebih logika berbanding dengan karya sebelumnya di mana Saifudin digambarkan, selain kehebatan2 dan keampuhannya, kelemahan dan kekurangan sebagai manusia biasa pasti ada.
"SEBAGAI MANUSIA AKU SAYANG PADAMU" ...LAKSAMANA SUNAN
Wednesday, September 15, 2010
Monday, August 30, 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Syukur dengan kurniaNya kerana kita semua telah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk mencapai detik hari ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita sangat berbangga dengan pencapaian yang berjaya dicapai sehingga ke hari ini.
Harapan kita semua agar semua masalah sosial yang berleluasa di negara kita masa ini dapat dikurangkan dan diatasi sepenuhnya, InsyaAllah.
Kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Daulat Tuanku.
Kepada Perdana Menteri Malaysia, Timbalan PM, semua pemimpin2 negara dan rakyat Malaysia...tahniah dengan kemerdekaan ini dan terima kasih semuannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)